Posts

Ayat 10:

  Ayat 10:  Takhwif ukhrawi kepada mereka yang memakan harta anak yatim dengan cara yang zalim. إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوٰلَ الْيَتٰمَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا (SAHEEH INTERNATIONAL) Indeed, those who devour the property of orphans unjustly are only consuming into their bellies fire. And they will be burned in a Blaze [i.e., Hellfire]. MALAY Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوٰلَ الْيَتٰمَىٰ ظُلْمًا Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim,  Mereka dikatakan makan dengan cara yang zalim sebab mengambil dengan cara salah. Bukanlah langsung tidak boleh makan harta itu sebab ada cara yang adil. Ini disebut dalam ayat-ayat yang lain.   إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ ن...

Ayat 9:

Ayat 9:  Allah beri motivasi kepada kita untuk menjaga kepentingan anak-anak yatim itu. Kerana kita pun ada anak juga, maka kita kena fikirkan. Allah beri perumpamaan: apa kata kalau kamu yang mati dan anak-anak kamu kecil lagi? Tentu kamu mahu hak mereka dijaga, bukan? Maka kita kenalah jaga hak anak orang lain dengan baik. Kerana kalau anak kita jadi macam itu, kita pun mahu anak kita dijaga haknya. وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعٰفًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا (SAHEEH INTERNATIONAL) And let those [executors and guardians] fear [injustice] as if they [themselves] had left weak offspring behind and feared for them. So let them fear Allāh and speak words of appropriate justice. MALAY Dan hendaklah takut orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamat...

Ayat 8: Hukum keenam

Ayat 8:   Hukum keenam.  Ini adalah berkenaan kaum kerabat yang bukan termasuk dalam golongan   ashabul furud . Ini adalah apa yang perlu dilakukan jikalau semasa membahagikan harta pusaka kepada yang layak menerimanya, ada golongan lain yang datang. Sama ada yang datang itu adalah kaum kerabat yang jauh sikit atau anak yatim. وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُو الْقُرْبَىٰ وَالْيَتٰمَىٰ وَالْمَسٰكِينُ فَارْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا (SAHEEH INTERNATIONAL) And when [other] relatives and orphans and the needy are present at the [time of] division, then provide for them [something] out of it [i.e., the estate] and speak to them words of appropriate kindness. MALAY Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُو ا...

Ayat 12 Surah an-Nisaa’

Image
  “Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya adalah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada satu pertiga (dengan ...

Ayat 11 Surah an-Nisaa’:

Image
  Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisaa’ seperti berikut. Maksudnya: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan huta...

Pengurusan harta pusaka dalam Islam

  DR AZWAN ABDULLAH 20 APR 2020 11:02 PM PENGURUSAN harta pusaka dalam kalangan umat Islam merupakan suatu prosedur yang perlu difahami oleh semua pihak, khasnya masyarakat Islam sendiri. Sering kali kita dengar pertikaian akibat permasalahan harta pusaka hingga membawa kepada konflik perebutan harta, pertikaian yang berlanjutan dan memerlukan penyelesaian mahkamah, permusuhan keluarga malah yang lebih parah sekiranya melibatkan kes jenayah seperti ugutan, ancaman nyawa dan pembunuhan. Kenapa hal ini terjadi? Jawapan mudah kepada permasalahan ini ialah kerana kurangnya pengetahuan dalam menguruskan harta pusaka dalam kalangan keluarga atau waris yang terlibat. Kesannya, harta pusaka terpaksa dibekukan oleh pihak berwajib. Waris yang ditinggalkan sengsara kerana harta yang ditinggalkan tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kelangsungan hidup generasi seterusnya. Harta secara umumnya dikategorikan kepada dua sifat yang berbeza, iaitu harta alih dan harta tak alih. Harta alih ialah ...